#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, October 10, 2016

Posisi Sebenar Semasa Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers

Entry kali ini saya ingin menekankan sedikit berkenaan posisi sebenar semasa menyusukan bayi atau posisi yang betul. Jika anda yang membaca adalah seorang ibu,tahniah. Jika anda ibu yang menyusukan anak,tahniah juga diucapkan dan teruskan perjalanan penyusuan anda. Jika anda seorang ayah yang membaca,sama-samalah menambah ilmu untuk disampaikan pada isteri anda nanti.

Sumber Google


Saya perhatikan ramai ibu-ibu yang menyusukan anak,bermakna makin ramai ibu- ibu yang mempunyai kesedaran betapa penting dan berharga susu ibu buat si manja. Tetapi ramai yang salah posisi semasa menyusukan anak.

Ibu- ibu apabila ingin makan,tentunya posisi dan kedudukan badan ibu menghadap pada makanan. Kita akan duduk tegak kepala kita menghadap dan memandang pada makanan,betul kan. Tapi kenapa kita biarkan bayi yang menyusu, dalam keadaan yang tidak selesa. Selalunya dalam keadaan kepala dan badan tidak selari. Kasihan pada anak sebab terpaksa menyusu di dalam keadaan tidak selesa. Macam mana nak kenyang ibu-ibu??

Bagaimana posisi sebenar ketika menyusu dan posisi mana menjadi pilihan?
Posisi menyusu sambil baring
Gambar 1: Posisi baring

Posisi Berbaring

Bayi mengiring dan badannya menghadap badan ibu dan melekap pada ibu. Pastikan kedudukan badan bayi adalah selari. Dan posisi ini merupakan posisi pilihan saya.




posisi_football_hold
Gambar 2 : Posisi Football Hold

Posisi Football Hold

Ibu menyusu dalam keadaan duduk dan memangku bayi dengan lengan di mana muka dan kepala bayi menghadap payudara ibu. Badan bayi berada di bawah ketiak ibu.


Gambar 3 : Posisi Cross Cradle Hold

Posisi Cross Cradle Hold

Kedudukan bayi diampu oleh tangan yang satu lagi yang berlawanan dengan payudara ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang. Digalakkan untuk meletakkan bantal di belakang ibu untuk menyokong bahagian belakang ibu.


posisi cradle hold
Gambar 4 : Posisi Cradle Hold

Posisi Cradle Hold

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Belakang badan ibu perlu diberikan sokongan untuk mengelakkan sakit belakang. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan.


Bagi ibu-ibu yang sedang, atau akan menyusukan anak, pastikan posisi anda adalah betul dan paling penting sokongan pada belakang badan amat penting bagi mengelakkan ibu-ibu sakit belakang. Buat ayah-ayah, bantulah ibu-ibu semasa mereka sedang menyusukan anak dengan memberi sokongan dan menyediakan keperluan mereka agar ibu-ibu merasa selesa dan bahagia ketika menyusu. Ibu happy, anak pun happy.


Love yourself love your famili
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels