#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Saturday, November 19, 2016

6 Tips Bisness Online Mak Anak 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Ye saya mak yang mempunyai anak 4 orang, bekerja dan juga menjalankan bisnes secara atas talian. Anda rasa susah? Mari saya kongsikan cara saya. Semoga bermanfaat buat kita semua.


1. Mempunyai gajet 

Gajet ni penting ye. Selain menggunakan notebook, penggunaan gajet seperti smart phone, tab dan seangkatannya amat membantu apabila kita mobile. Takkan kita perlu membawa notebook sentiasa kan. Itu agak menyukarkan. Pemilihan gajet haruslah bersesuaian dengan cara anda.




2. Penggunaan Medium Sosial Media

Banyak sekarang peniaga online menggunakan sepenuhnya sosial media sebagai platform perniagaannya. Saya juga tidak ketinggalan. Tetapi bagaimana? Rajinkan diri untuk share berkenaan produk setiap masa. Tambah follower jika di Instagram dan tambah kenalan jika menggunakan Facebook. Anda boleh add saya di Facebook Norlen Othman  atau FB Page saya Mommy 2 Mommy dan juga anda boleh follow Ig saya di NorlenOthman




3. Rajinkan diri untuk membaca

Ini penting ye supaya kita mempunyai ilmu berkenaan produk yang kita jual. Seperti saya yang mempromosikan produk kesihatan, saya perlu sentiasa membaca dan mencari info berkenaan kesihatan dan produk. Tidak semestinya melalui buku, kan sekarang semuanya di hujung jari.





4. Raikan keluarga

Apa kaitan keluarga dan bisnes? Biasa kan kita dengar anak-anak membawa rezeki? Begitu juga pasangan kita. Biasa kan dengar? Apabila kita meraikan mereka iaitu yang melorongkan rezeki buat kita, percayalah rezeki lebih mudah datang pada kita. Anda hanya perlu yakin Allah yang memberikan rezeki. Cubalah kerana saya telah merasainya and it is speechless.



5. Adakan ruang untuk anda berbisnes

Untuk cara ini perlu disesuaikan dengan keadaan dan situasi anda. Seperti saya, saya akan luangkan masa ketika anak2 telah tidur agar saya lebih fokus dengan apa yang saya buat. Tidak semestinya 8 jam anda perlu menghadap bisnes anda ye....semuanya bergantung. Sebab itu untuk tip ini pengurusan masa juga penting


6. Utamakan Pemberi Rezeki

Jika anda seorang Islam, ini adalah paling penting dan utama. Percaya rezeki adalah ketentuan Allah dan Dialah yang memberikan rezeki buat hambanya. Jaga hubungan anda denganNya dengan solat di awal waktu, membaca al-quran serta rajin bersedekah. Selamat beramal.


Rasanya inilah sedikit perkongsian tips bisnes mak anak 4 yang bekerja seperti saya. Semoga tips yang saya kongsikan ini memberikan manfaat buat anda semua. Selamat berbis
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive