#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, November 17, 2016

Bagaimana Nak Kurus Cara Lisa Surihani


Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers.

Mesti ramai yang teruja kan dengan perubahan berat badan si cantik Lisa Surihani... Jom kita teliti bagaimana nak kurus cara beliau. Moga-moga ada yang terinspirasi untuk turunkan berat badan ye.




1. Kawal Hidangan

Kawal hidangan ini bukan bermakna tidak makan langsung ye. Tetapi kawal pengambilan portion makanan yang di ambil. Cara paling mudah, gunakan portion plate sebagai guideline pemakanan anda. Jangan la kawal sampai tidak makan ye.





2. Makan buah sebelum makan

Menurut Lisa seperti yang dikongsikan “Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul." Tetapi kebanyakkan dari kita makan buah sebagai pencuci mulut kan. Apa kata kita tukar dengan makan buah dahulu sebelum makan nasi. Ia membantu dalam mengurangkan jumlah nasi yang diambil.






3. Senaman

Dengar cerita sejak menukar lifestyle kepada yang lebih sihat termasuklah bersenam, Lisa mengakui tubuh badanyya lebih baik dari sebelumnya. Terasa lebih ringan dan bertenaga. Ibu-ibu rasa susah untuk bersenam? Kesian untuk tinggalkan anak? Cuba lakukan zumba bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya anda telah meluangkan quality time bersama yang tersayang.






4. Air

Tubuh badan kita amat memerlukan air kerana 70% daripada tubuh kita adalah air. Sekurang-kurangnya 2 liter diperlukan oleh tubuh kita. Atau boleh juga dengan membuat kiraan setiap 25kg bersamaan 1liter air. Anda akan dapat berapa sebenarnya air yang anda perlukn setiap hari. 
Apabila anda berasa lapar,minum segelas air kosong. Tujuannya adalah untuk pastikan sama ada anda betul2 lapar atau tidak




5. Supplement

Menurut Lisa Surihani, beliau mengamalkan pengambilan supplement multivitamin dan B Complex. Vitamin dan mineral amat diperlukan oleh tubuh badan kita setiap hari bagi memastikan kita sentiasa cergas dan sihat




Mudahkan nak kurus sebenarnya. Yang penting adalah keazaman dan istiqamah dalam melakukannya serta sabar. Mungkin pada permulaan agak sukar untuk menukar kebiasaan,tetapi mulakanlah langkah pertama anda sekarang. Jangan lupa dapatkan juga sokongan dari orang yang terdekat dengan anda kerana sokongan juga penting. 



Selamat maju jaya!!
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive