#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, November 20, 2016

Kawal Kencing Manis Ketika Hamil


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pernah di antara anda terutamanya wanita yang tidak pernah mempunyai sejarah diabetes tetapi ketika hamil secara tiba-tiba anda disahkan mempunyai diabetes?

Sumber cepatsihat.com


Diabetes ketika hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung termasuklah keperluan bayi anda. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Menurut statistik, 18% daripada wanita hamil akan mengalami masalah ini. Diabetes gestasi ini selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.


Risiko diabetes ketika hamil

Di antara kesan diabetes ketika hamil adalah:
  • Indeks Jisim Badan (BMI) ibu adalah 30 ke atas
  • Berkemungkinan bayi dilahirkan besar dan berat melebihi 4kg ke atas yang mungkin akan menyukarkan proses kelahiran secara normal. Dan selalunya doktor akan menasihatkan pembedahan caesarean dilakukan.
  • Bayi dalam kandungan yang menerima terlalu banyak gula akan mempunyai risiko masalah kesihatan seperti hipoglesemia (paras gula rendah dalam darah). Sebab itu bayi yang dilahirkan akan dipantau oleh pakar perubatan.
  • Bayi yang dilahirkan mungkin mempunyai risiko obesiti dan diabetes tahap 2.
  • Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut jika ibu tidak menjaga dan mengawal paras gula dalam badan.


Bagaimana mengenalpasti sama ada ibu menghidap Diabetes

Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) dilakukan ke atas ibu hamil. Dikenali sebagai minum air gula dikalangan ibu-ibu. Ujian ini selalunya akan dijalankan pada minggu ke 24 dan ke 28 kehamilan. Semasa ujian ini dilakukan, ibu akan diminta untuk berpuasa bermula jam 10 malam, malam sebelum ujian dilakukan. Ibu akan diminta untuk datang awal ke klinik untuk di ambil sampel darah. Kemudian ibu akan diminta untuk menghabiskan larutan air gula berperisa. Ini merupakan keadaan yang agak sukar bagi ibu-ibu untukmenghabiskan larutan air gula tersebut. Kemudian ibu akan diminta untuk berehat selama 2 jam sebelum sampel darah di ambil semula. Daripada sampel darah sebelum dan selepas ujian dilakukan dapat dikenalpasti sama ada ibu penghidap diabetes ataupun tidak.


Bagaimana untuk merawat 


  • Pengambilan diet dan pengambilan makanan yang seimbang haruslah diutamakan buat ibu-ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil. Ini adalah untuk memastikan paras gula dalam darah si ibu sentiasa terkawal
  • Elakkan makanan dan minuman bergula
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan-jalan
  • Jika doktor membekalkan ubat untuk merawat diabetes, ibu-ibu perlu mengikut nasihat dan saranan doktor


Set Hamil Shaklee


Energizing Soy Protein (ESP)
  • ESP mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  • Ibu hamil amat memerlukan sumber protein bagi pembentukan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan.
  • 1 hidangan ESP adalah bersamaan dengan 4 kali ganda telur ayam, 6 kali ganda roti bijirin penuh, 2 kali ganda daging dan 12 kali ganda susu.
  • ESP rendah indeks glisemik yang membantu mengawal kadar gula dalam darah dan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan lebih lama serta dapat mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis



B Complex
  • Vitamin penting untuk bekalan vitamin B (gabungan 8 jenis vitamin b) yang lengkap beserta asid folik yang penting bagi ibu hamil
  • Kandungan vitamin B6 membantu mengawal loya dan alahan di awal kehamilan 
  • Mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf tunjang dan tiub neuron bayi di dalam kandungan 
  • Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil oleh ibu hamil


Vita-Lea Iron Formula
  • Mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah
  • Mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan
  • Zinc yang terdapat dalam Vita-Lea membantu pankreas untuk menghasilkan hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal jumlah gula dalam darah
  • Multivitamin dan zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin
  • Melengkapkan kekurangan nutrien si ibu yang banyak diserap oleh bayi dalam kandungan

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, ibu-ibu hamil dapat menjalani tempoh kehamilan yang selesa dan ceria. 

Love yourself love your family

Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive