#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, November 20, 2016

Tips Buang Angin Dalam Badan Dengan Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Masalah angin dalam badan agak sinonim dikalangan kita daripada bayi hingga dewasa. Di antara punca menyebabkan angin dalam badan adalah daripada pemakanan dan sistem penghadaman. Kebiasannya angin dikeluarkan melalui kentut atau sendawa tetapi bagi yang menghadapi masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus menyebabkan angin tidak dapat dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan perut rasa tidak selesa, loya dan juga pening kepala.



Tips Buang Angin Dalam Badan:


  1. Banyakkan minum air suam bagi menggantikan minuman sejuk atau berkafein.
  2. Sapukan minyak panas pada bahagian perut sambil melakukan sedikit urutan.
  3. Semasa makan, kunyah secara perlahan-lahan untuk memudahkan penghadaman. Sunnah Rasulullah juga agar kita mengunyah makanan secara perlahan-lahan.
  4. Makan secara kerap dan sedikit-sedikit.
  5. Elakkan mengunyah gula-gula getah.
  6. Amalkan minuman air halia suam.


Peppermint Ginger Plus
Kegemaran saya ketika mengalami masalah angin kerana kesannya yang cepat dalam melegakan angin dalam badan. Peppermint-ginger plus mengandungi 4 bahan utama iaitu:

PUDINA:
Membantu melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang dan juga proses penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.

HALIA:
Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih 2 ribu tahun. Halia merangsang penghasilan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Ia juga membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, atau selepas melahirkan anak.

POKOK ADAS:
Orang eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga membantu melegakan sakit perut, gejala flu, dan membantu masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS:
Digunakan oleh orang mesir purba. Ia dapat membantu masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang boleh menyebabkan masalah kulit, memberi peredaran tenaga didalam badan.


Jika anda mengalami masalah angin yang berterusan, jangan dibiarkan untuk tempoh yang lama kerana ianya mungkin memberikan kesan ke atas kesihatan anda.


Love yourself love your family.



Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive