#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, November 20, 2016

Turunkan Darah Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Penyakit darah tinggi atau hypertensi merupakan salah satu silent killer dikalangan manusia.
Ianya merupakan salah stu penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan penghidapnya mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.



Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk membolehkan darah dipam dan dihantar ke seluruh tubuh, yang mana kesannya menyebabkan regangan pada dinding arteri. Tekanan darah yang normal menurut WHO adalah 100-140 mmHg sistolik (atas) dan 60-90 mmHg diastolik (bawah).

Di antara faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi adalah keturunan, obesiti, pengambilan alkhohol, merokok, kurang aktiviti fizikal seperti senaman dan terlalu banyak mengambil garam dalam makanan.


Bagaimana cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi?


Lakukan aktiviti fizikal
Senaman merupakan terapi yang paling baik dan paling mudah untuk merawat tekanan darah tinggi. Ianya juga dapat membantu jantung agar lebih sihat. Tidak perlu melakukan aktiviti yang berat, cukup dengan berjalan-jalan atau berjoging selama 30 minit, tiga kali seminggu untuk merawat tekanan darah tinggi anda.


Mengurangkan Berat Badan Bagi Yang Obes
Selain bersenam, menurunkan berat badan merupakan salah satu cara efektif bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Berat badan yang ideal dapat mengawal tekanan darah tinggi.


Kurangkan pengambilan garam
Natrium yang terkandung di dalam garam, jika diambil secara berlebihan boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Jika berlebihan garam dalam badan, sumber cecair akan diambil daripada tisu dalam badan yang mana boleh menyebabkan jantung akan bekerja keras untuk mengepam dan seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi.


Amalkan minum air kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium yang mana berkaitan dengan fungsi otot. Elakkan pengambilan gula semasa minum air kelapa segar.


Minyak Ikan 
Minyak ikan kaya dengan Omega-3 dan ianya sangat baik untuk jantung anda. Omega-3 telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah disamping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).




Saksikan bagaimana pesakit tekanan darah tinggi dapat menrunkan kembali tekanan darah tingginya tanpa pengambilan ubat.

Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive