#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, November 18, 2016

Cara Turunkan Kolestrol Dengan Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Umumnya ramai di antara kita mengetahui bahawa kolestrol boleh menyebabkan kita berisiko untuk memdapat penyakit yang agak kronik. Tetapi bagaimana pula caranya jika kita ingin menurunkan paras kolestrol dalam darah pada aras normal? Boleh atau tidak?

Kolestrol

Kolestrol merupakan lemak yang terdapat dalam aliran darah atau sel yang diperlukan bagi pembentukan dinding sel. Sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.



Kolesterol dari sumber makanan datangnya daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Hati juga mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.
Walau bagaimana pun, jika terlalu tinggi bacaan paras kolestrol, ini akan menyebabkan individu itu berisiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Cara untuk menurunkan paras kolestrol dengan selamat:

1. Tukar tabiat pemakanan anda
Jika anda seorang yang tidak mengambil kisah berkenaan cara pemakanan anda sekarang, adalah dinasihatkan untuk anda mengubahnya sekarang. Pastikan anda mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran berbanding lemak dan daging pada setiap hidangan.

2. Elakkan atau kurangkan makanan berlemak terutama pada daging

3. Elakkan stress 
Stres  boleh meningkatkan kadar kolesterol. Pada tahun 2007, penyelidik di Oregon State University mendapati bahawa peserta kajian yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL (kolestrol baik) yang lebih tinggi

4. Bersukan dan melakukan aktiviti fizikal 
Bersenam bukan sahaja mampu mengeluarkan peluh bahkan juga dapat membantu anda menurunkan berat badan secara lebih sihat. Di samping itu tahap kesihatan anda juga lebih baik


Pastikan anda sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap untuk mengetahui tahap kesihatan tubuh badan anda. Sayangilah dan hargailah diri anda...


Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive