#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, November 20, 2016

Petua Rambut Gugur Bagi Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Rambut gugur bukan sahaja menjadi igauan wanita, pihak lelaki juga tidak terkecuali. Jika diperhatikan,sekarang ini ramai dikalangan lelaki yang botak bermula depan kepala hingga bahagian tengah.




Di antara faktor yang menyebabkan rambut gugur:

Perubahan Hormon

Bentuk keguguran rambut lelaki dikenali dalam dunia perubatan 'alopesia androgenetik'. Keguguran ini berlaku akibat pengaruh tingginya jumlah hormon testosteron bernama dihidrotestosteron (DHT) yang menjadikan akar rambut terlalu sensitif. Hormon ini menjadikan rambut lebih tipis dan mudah gugur dari akarnya.

Corak Pemakanan

Tidak mengambil kira corak pemakanan juga menjadi punca rambut gugur dan tipis. Pastikan anda mengambil makanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Elakkan mengambil terlalu banyak makan proses seperti fast food atau junk food.

Kesan Ubat-ubatan

Ada juga ubat yang diambil memberi kesan terhadap kesihatan rambut. Dapatkan nasihat doktor berkenaan perkara ini.

Tekanan

Apabila anda tertekan,anda juga sebenarnya sedang memberikan tekanan kepada tubuh badan anda. Tekanan secara psikologi juga boleh menyebabkan seseorang tertekan dan murung. Biasanya jika ini berlaku,rambut akan mula menipis.


Kulit Kepala Tidak Sihat

Kulit kepala yang kotor dan tidak sihat menyebabkan mudah dijangkiti oleh kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut. 


Keturunan (Genetik)

Masalah keguguran rambut juga boleh disebabkan oleh keturunan. Sama ada diwarisi daripada keluarga ayah atau ibu.


Radikal Bebas

Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya penuaan awal. Di antara punca terjadinya adalah pencemaran kenderaan dan asap-asap beracun. Radikal bebas juga memberi kesan terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.

Petua Bagi Rambut Gugur


Pengambilan Supplement

Pengambilan supplement adalah penting bagi kesihatan tubuh badan bukan sahaja bagi pertumbuhan rambut. Di antara vitamin yang dicadangkan adalah:

Vitamin A merupakan salah satu anti-oksida yang membantu pembentukan sebum pada permukaan kulit kepala. Ia bukan sahaja membantu kulit kepala, malah membantu kesihatan rambut secara tidak langsung.

Vitamin E ini boleh membantu dalam melancarkan peredaran darah, dan perkara ini boleh membantu mengekalkan folikel rambut pada kulit kepala kekal sihat dan produktif.

Vitamin B boleh membantu badan anda menghasilkan melanin, iaitu satu bahan yang memberikan rambut warnanya. Selainitu, melanin juga boleh membantu peredaran darah.


Jaga pemakanan
Makanan yang kaya dengan kadar protein adalah baik untuk pertumbuhan sel yang sihat. Antara sumber makanan yang anda boleh makan adalah daging, ikan, soya dan lain-lain.

Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak daripada berlakunya masalah rambut gugur adalah dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Oleh itu, anda perlu memperbanyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dapatkan zat besi yang secukupnya setiap hari. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel (secara tidak langsung).

Pada masa yang sama, anda perlu pandai mengelak daripada memakan makanan yang boleh memudaratkan kulit kepala mahupun rambut. Antara makanan yang ada potensi untuk menyebabkan masalah keguguran rambut adalah pemanis tiruan dan aspartame, yang mana ada menunjukkan rekod menipiskan rambut.


Penjagaan Rambut Yang Betul

Penjagaan rambut yang betul juga penting. Seperti elakkan untuk menggosok rambut selepas mandi dengan kuat menggunakan tuala. Seeloknya biarkan rambut untuk kering sendiri.

Pemilihan syampoo yang sesuai juga amat penting. Anda haruslah memilih dengan betul serta teliti kandungan syampoo tersebut. Jika boleh elakkan menggunakan syampoo yang terlalu banyak bahan kimia.


Kurangkan Tekanan Diri (Stress)

Elakkan atau cuba untuk kurangkan stress. Anda boleh melakukan senaman seperti berjalan-jalan,berjoging atau bersukan selama 30 minit tiga kali seminggu untuk me gurangkan tekanan. Pengambilan b complex juga dapat membantu meredakan saraf dan membantu anda mengurangkan stress.


Rambut juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang. Penjagaan yang teliti, pemakanan yang baik antara faktor penting dalam penjagaan rambut. Kenali punca kenapa rambut anda menipis.

Love yourself love your family
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive