#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, November 16, 2016

8 Tip Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Jerawat adalah satu keadaan di mana terdapat benjolan yang timbul pada permukaan kulit akibat pori yang tersumbat ataupun keradangan pada kulit yang disertai dengan nanah atau darah.



Susah hati kan apabila ada jerawat di muka. Sebiji pun rasa resah gelisah. Tetapi jerawat bukan hanya dimuka sahaja,ada juga yang timbul di bahagian badan yang lain.

Saya kongsikan 8 tip cara untuk menghilangkan jerawat. Mungkin salah satunya sesuai dengan anda.

Tips hilangkan jerawat:


1. Kulit kayu manis dan bedak sejuk
Mudah,mungkin ada di dapur anda sahaja. Caranya ambil sedikit kulit kayu manis dan tumbuk hingga hancur, kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Campurkan dan sapu pada kawasan jerawat. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air suam. Perlu diulang beberapa kali sehingga mendapat result yang diingini ye.




2. Daun aloe vera (lidah buaya)
Antibakteria yang terdapat di dalam aloe vera dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Sapukan sedikit lendir aloe vera pada kawasan yang berjerawat. Mungkin anda akan rasa sedikit gatal. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air suam.




3. Timun
Timun juga kaya dengan vitamin dan mineral dan ianya juga agak popular digunakan dalam kecantikan. Bagi menghilangkan jerawat, hiris nipis2 timun dan letakkan pada kawasan berjerawat. Anda mungkin akan rasa sedikit dingin dan sejuk. Letakkan bagi tempoh 15minit. Kemudian boleh dibilas. Hirisan timun juga boleb diletakkan pada mata untuk memberikan kesegaran pada mata anda.



4. Putih telur
Putih telur juga kerap digunakan untuk kecantikan. Caranya mudah,asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur hingga kembang dan sapukan pada kawasan yang berjerawat. Dalam 15 minit,bilas dengan air suam. Kuning telur boleh digunakan untuk memasak.



5. Bawang putih
Bawang putih terkenal sebagai antibiotic semulajadi. Allicin yang terdapat pada bawang putih bersifat antiseptic manakala Thiacremonan sulfur dapat mengeringkan jerawat. Carannya belah bawang putih kepada dua. Gosokkan belahan bawang putih pada jerawat secara perlahan-lahan dan biarkan kering seketika. Setelah kering,bolehlah dibilas dengan air suam.



6. Madu
Madu amat dikenali dalam kecantikan dan juga perubatan. Antiseptic yang terdapat di dalam madu mampu untuk membunuh bakteria dan mengurangi radang pada kulit akibat jerawat. Hanya sapu sedikit pada jerawat dan dibiarkan kering. Kemudiab bilas dengan air suam.


7. Tomato
Buah tomato sedap dimakan. Ianya juga kaya dengan vitamin A, vitamin C yang mana amat bagus untuk menghilangkan jerawat. Ada banyak cara untuk menggunakan tomato dalam menghilangkan jerawat. Yang paling mudah,hiris tomato dan gosokkan hirisan tomato pada jerawat. Biarkan kering dan bilas dengan air suam. Mudahkan.




8. ESP dan Sustained Release Vitamin C
Set kecantikan asas shaklee amat mudah dan selamat diambil bagi membantu masalah jerawat. ESP merupakan sumber soya non-gmo yang dihasilkan tanpa merosakkan khasiat yang terdapat pada soya. Soya merupakan sumber protin yang mana merupakan makanan kepada sel dan sel-sel yang sihat ini akan menjadikan kulit lebih cantik dan sihat. Vitamin C juga dapat membantu dalam pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih sihat dan anjal.

Mudahkan untuk menghilangkan jerawat. Apa yang penting jangan biarkan jerawat melemahkan semangat anda menghadapi hari-hari yang mendatang. Betul caranya insyaallah dapat membantu.



Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882

Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive