#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, November 25, 2016

Vitamin Untuk Ibu Hamil Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Jika anda sedang hamil, tahniah diucapkan. Sudah tentu perasaan penuh gembira menyelubungi diri anda dan suami. Anda sedang melalui fasa baru dalam hidup anda. Bahkan anda juga akan merasakan perubahan fizikal pada diri dan juga emosi. Tetapi keperluan nutrisi penting dan vitamin buat ibu hamil jangan di pandang sebelah mata.

Bagi umat Islam, tempoh kehamilan adalah di antara tempoh ladang pahala kerana pada masa ini, setiap kesusahan dan kesakitan yang anda rasa dan lalui digantikan dengan pahala yang besar selama mana anda redha dan tidak mengeluh. Buat para suami, bantulah para isteri melalui tempoh kehamilan dengan tenang dan sabar and try to enjoy this moment together.



Seperti yang kita sedia maklum, ibu hamil amat memerlukan nutrisi yang lengkap yang penting bagi perkembangan bayi dalam kandungan dan juga buat si ibu itu sendiri. Jika ibu tidak mendapatkan nutrisi yang cukup semasa tempoh kehamilan, risiko kesihatan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan. Selalu kita dengar pernyataan ibu hamil perlu makan untuk 2 orang, tetapi si ibu juga perlu menitikberatkan makanan yang di ambil. Tidak bermakna bila hamil boleh makan apa sahaja tanpa mengambil kira keperluan nutrisi yang amat diperlukan oleh bayi dan anda. 


Semasa saya hamil, pernah juga rakan-rakan berkata jangan ambil vitamin nanti baby besar. Tetapi bagaimana dengan vitamin yang dibekalkan oleh klinik? Bukankah ianya juga vitamin? Adalah tidak benar menyalahkan bayi yang dilahirkan bersaiz dengan pengambilan vitamin oleh ibu kerana anak-anak saya dilahirkan dengan berat 3.15kg bagi anak ke empat yang mana sepanjang tempoh kehamilan saya mengambil set vitamin untuk ibu hamil terbaik.


Set Vitamin Untuk Ibu Hamil Terbaik




ESP

  • Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan
  • Merupakan sumber protin yang berkhasiat
  • Memberikan tenaga berpanjangan buat ibu hamil terutama yang menghadapi masalah morning sickness
  • Rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan ibu berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. 
  • Protein membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

B-Complex

  • Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 
  • Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .
  • Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
  • Vitamin B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
  • Melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang 
  • Membekalkan tenaga buat si ibu

Vita-Lea

  • Merupakan multivitamin lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral
  • Lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

Sustained Release Vita-C

  • Membantu meningkat sistem imun ibu 
  • Membantu dalam penyerapan iron

Ostematrix

  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dalam badan dengan lebih berkesan
  • Pengambilan kalisum semasa hamil dan menyusukan anak adalah penting dan tidak boleh dipandang remeh

Omega Guard (Tremister ke 2 dan 3)

  • DHAyang terdapat di dalam Omega-3 adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Semoga ibu-ibu menikmati tempoh kehamilan dengan rasa enjoy dan happy.

Love Yourself Love Your Baby
Share:

1 comment:

  1. Serius mmg best mkn set hamil shaklee. Bertenaga wlpn preggy no morning sickness da

    ReplyDelete

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive