#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, December 11, 2016

Produk Untuk Kulit Kusam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Baik lelaki atau wanita memang menginginkan kulit yang cantik dan sihat. Kulit yang kusam, gelap, berparut boleh memberikan kesan kepada penampilan seseorang. Ada juga yang merasakan sukar untuk berhadapan dengan orang ramai dengan keadaan wajah yang kusam dan berjerawat.



Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi kusam. Di antaranya:


Kekurangan Pengambilan Air Kosong

Kurangnya pengambilan air kosong (2 liter sehari) menyebabkan kulit menjadi kering. Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan kelembapan kulit. Kan 75% daripada badan kita adalah air.

Kekurangan Nutrisi Dalam Diet Seharian

Nutrisi yang mencukupi amat penting dalam mengekalkan kesihatan kulit. Di antara nutrisi yang menjadi keperluan bagi kulit adalah Vitamin C, Protin, Vitamin B, Vitamin E serta kolagen. 


Kekurangan Rehat Yang Mencukupi

Tubuh badan memerlukan rehat yang berkualiti dan mencukupi bagi memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat. Paling utama tidur waktu malam tu.

Stress

Stress yang berlebihan juga memberikan kesan kepada kulit. Ini kerana stress menyebabkan peningkatan hormon kortisol, yang mempengaruhi aliran darah ke kulit dan memperbaiki kulit.


Persekitaran Yang Tidak Sihat

Kita sekarang amat terdedah kepada pencemaran seperti asap, sinaran UV, habuk dan lain-lain lagi. Ini meningkatkan risiko mengalami keradangan kulit jika tidak dijaga dari awal.


Anda Merokok

Ya jika anda seorang perokok, dan secara umumnya semua mengetahui tiada faedah yang diperolehi daripada rokok. Selain masalah kesihatan, kesihatan kulit juga akan terjejas dengan kandungan yang terdapat dalam rokok tersebut.


Pemilihan Alat Make Up dan Set Penjagaan Wajah Yang Tidak Sesuai

Ini juga merupakan antara faktor terpenting yang memberikan kesan yang besar kepada kulit wajah. Jika salah dalam memilih produk, kesannya amat teruk. Seperti dalam video ini.




Set Kecantikan Untuk Kulit Kusam Dan Berjerawat


Testimoni Set Kecantikan


Testimoni Set Kecantikan




B Complex
  • Vitamin B5 dapat membantu mengurangkan masalah jerawat serta membantu meningkatkan peredaran darah yang mana secara tidak langsung menjadikan kulit lebih sihat, lebih segar dan berseri
  • Vitamin B5 dapat mengurangkan stress yang mana stress salah satu punca jerawat.
  • Vitamin B12 membantu untuk mengatur pengeluaran dan lokasi pigmen kulit, fungsinya adalah untuk mengelakkan hiperpigmentasi iaitu kulit gelap dikawasan tertentu tubuh
  • Vitamin B3 dan B5 bantu mengekalkan kelembapan kulit, melambatkan penuaan kulit


Sustained Release Vita-C Plus
  • Mengambil Vita-C setiap hari dapat membantu mejadikan kulit lebih cerah dan sihat, melambatkan penuaan dan mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari
  • Vitamin C amat penting dalam membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh bukan sahaja pada kulit.
  • Mengandungi antioksida yang melambatkan kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas 
  • Membantu mengurangkan kemerahan pada jerawat dengan membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri
  • Membantu dalam menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.


ESP Shaklee
  • ESP merupakan sumber protein sihat yang diperolehi daripada soya non GMO
  • Membantu dalam mengembalikan keserian kulit
  • Asid amino peting yang terdapat dalam ESP penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain
  • Membantu dalam membaikpulih sel yang rosak dan membina sel baru
  • Membantu dalam merangsang pembentukan kulit dan otot
  • Membantu mengurangkan kedutan
  • Membantu memudarkan kesan parut
  • Membantu dalam mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan


Vitamin E Complex
  • Mengandungi anti- oksida yang kuat dalam membantu mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas
  • Membantu dalam melambatkan proses penuaan 
  • Membantu mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Membantu memudarkan parut dan jerawat
  • Membantu melambatkan pembentukan melanin– pigmen kulit yang menyebabkan jeragat

Jangan biarkan kulit anda kelihatan kusam, berjerawat dan berparut. Kembalikan keyakinan dan seri pada wajah anda dengan cara yang selamat dan berkesan. 


Love yourself love your family
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels