#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, February 2, 2017

Tekanan Darah Tinggi Adalah Silent Killer Masa Kini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.



Sebelum saya terus bercerita berkenaan darah tinggi, saya ingin jelaskan sedikit tentang bagaimana jantung berfungsi. Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan manusia. Cara jantung bekerja adalah mengepam dan berehat. Setiap kali jantung mengepam akan ada tekanan. Bila jantung berehat juga mempunyai tekanan. Tekanan semasa jantung mengepam dipanggil Sistolik (atas) manakala tekanan semasa jantung berehat dipanggil Diastolik (bawah).

Bacaan yang melebihi 140/90mm Hg diklasifikasikan sebagai tekanan darah tinggi . Penyakit darah tinggi atau hipertensi tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala yang kursus. Tetapi ianya menjadi punca utama kepada penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung, buah pinggang dan otak. Disebabkan itu hipertensi juga digelar silent killer. Di bawah ini saya kongsikan animasi ringkas berkenaan darah tinggi:

Sumber Youtube


Menukar cara hidup kepada cara hidup yang lebih sihat merupakan kunci utama bagi menghindarkan anda daripada hipertensi. Ini termasuklah diet pemakanan anda serta cara anda menjalani kehidupan anda seharian. 


Vivix Membantu Mengawal Darah Tinggi



Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix amat membantu dalam mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan juga darah tinggi. Ini kerana Reseveratrol membantu dalam menurunkan trigliserida dan LDL serta membersihkan pembuluh darah dan membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah pembentukan darah beku. 

Vivix juga berfungsi dalam menjaga dan memelihara kesihatan sel agar lebih sihat dan bertenaga. 


Tekanan darah tinggi dapat dielakkan dengan menjaga kesihatan serta menjalani kehidupan yang baik.


Love yourself love your family
Share:

3 comments:

  1. betul.. kalau dah ada darah tinggi, kena control banyak perkara.. kalau tak.. macam2 kemungkinan boleh jadi seperti serangan jantung secara tiba-tiba.. hyrm.. semoga kita dijauhkan dari kebarangkalian yang tak elok.. thanx admin untuk info !!

    ReplyDelete
  2. Ramai pesakit darah tinggi ni..disebabkan stress pun ye sbb bebanan kerja yang melampau. Darah tinggi ni bila2 masa boleh menyerang tak kira masa dan tempat. Jd, jaga lah kesihatan anda. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks kerana sudi share nice info... dari blog mahamahu.com

    ReplyDelete

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels