#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, December 1, 2016

Gaya Hidup Shaklee Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Gaya hidup kami yang baru???

Tidak dinafikan saya jenis seorang yang suka merujuk pada doktor tiap kali anak2 sakit. Hatta kaklong masa baby kembung perut pun pergi klinik private jumpa doktor....alih2 doktor kata sapu minyak cap kapak pun boleh sebab kembung jek.

Dulu kejap2 pergi klinik. Tetapi sekarang dah tak macam dulu. Betul la,jadi mak ni memang perlu banyak membaca dan cari ilmu. Setiap hari,almost everyday kita akan hadap benda baru dengan anak2 ni. Dan sampai sekarang saya masih lagi buat research (macam buat phd ) bila melibatkan anak2. Dan yang bestnya mak anak 4 ni selalu menjadi rujukan adik2nya




Kalau dulu anak2 demam terus saya suakan paracetamol. Tapi sekarang saya mengamalkan alternatif lain dahulu sebelum memberikan ubat. Tidak bermakna saya biarkan sahaja suhu panas anak terus meningkat....tidak sama sekali. Thermometer sentiasa ada bersama dan benda penting bila anak2 demam. Saya akan cuba turunkan dahulu suhu panas badan anak dengan cara mandikan mereka,pakaikan pakaian nipis,banyakkan minum air dan sapu krim pelbagai guna tanpa paraben pada pelipat badan. Dan alhamdulillah,sudah kurang pengambilan ubat demam pada anak2. Tetapi jika demam mereka sehingga 3 hari saya takkan tunggu lagi,terus rujuk pada yang lebih pakar tau.

Ubat baruk,selsema dan cair kahak antara yang saya selalu dapat bila anak2 batuk berkahak dan selsema. Bukan senang nak bagi makan ubat banyak2 ni...banyal aksi drama kan mak2. Tapi sekarang bila mereka mula nampak selsema,terus saya berikan minyak ikan. Memang doktor paed pun sarankan agar memberikan minyak ikan pada anak2 yang mempunyai masalah asma,batuk dan berkahak atau yang terpaksa menggunakan neb selalu. Bonus bila anak2 mengamalkan minyak ikan adalah,ianya turut membantu dalan perkembangan otak anak2.

Saya sendiri tidak gemar untuk makan ubat dan rasanya sudah lama saya tidak mengambil ubat.

Apa yang penting adalah mengamallan gaya hidup yang sihat,ubah corak pemakanan kepada makanan yang lebih sihat dan pastikan keperluan nutrisi tubuh badan dijaga. Insyaallah kualiti kehidupan juga lebih baik. Siapa kata kita tidak boleh berubah menjadi lebih sihat????
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels