#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, May 17, 2018

MENEROKA ETS TRAIN BERSAMA ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ada yang masih bercerita tentang 9 Mei 2018? Antara hari bersejarah buat Malaysia. Cumanya saya tidak akan bercerita tentang politik pada entry kali ini. Saya ingin kongsikan pengalaman saya dan anak-anak tentang adventure kami pada hari tersebut menaiki ETS Train.


Disebabkan ramai yang berpusu-pusu secara atas talian untuk membeli tiket ETS, maka suami saya berjaya juga akhirnya membeli tiket ETS Train dari KL Sentral Ke Bukit Mertajam pada tarikh mengundi (9 Mei 2018) jam 11 pagi. Bila lihat pada jadual train, jangkaan tiba adalah pada jam 2.53 petang dan sepatutnya masih punya masa untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Dan ya, suami saya tidak bersama kami kerana dia sendiri pulang ke Pantai Timur untuk membuang undi dan bergerak pada jam 5.30 pagi pada hari yang sama.

Malam sebelumnya saya telah siapkan semua beg yang perlu dibawa. Syukur Kaklong dan Kakngah sudah boleh menjadi big helper saya yang sangat-sangat membantu. Kami pulang dengan 1 beg sederhana (saya tarik), 1 bagpack school Abam (Kaklong galas) dan 1 beg woven (Kakngah sandang). Balik ke kampung kali ini memang saya pastikan pakaian di bawa seminimum mungkin buat kami 5 beranak.

Perjalanan travel kami bermula jam 8.45 pagi. Dari rumah ke Putrajaya Sentral, kami menaiki teksi. Suami saya awal lagi telah aturkan untuk kami dihantar menaiki teksi. Masa ni, wajah Kaklong, Kakngah dan Abam sudah terbit rasa teruja dan happy. Hanan seperti biasa jika ada orang tidak dikenali bersama, dia lebih kepada mendiamkan diri.

Sampai di Putrajaya Sentral, kami sempat untuk menaiki train KLIA Transit pada jam 9.06 pagi. Saya beratur untuk membeli tiket sementara 4 beradik berada di tepi. Bagi ERL, kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas telah dikenakan tambang tiket. Bila saya dapat 5 keping tiket ERL, masing-masing teruja untuk ambil sorang satu untuk melalui 'tol' ERL. Syukur ada bantuan dari pengawal di situ. Untuk kanak-kanak ada laluan khas bersama ibu bapa. Sambil-sambil melayan mereka, tak putus-putus saya berdoa agar perjalanan kami anak-beranak dipermudahkan.

Sampai sahaja train ERL, masing-masing masuk dan mencari tempat duduk. Hanan seperti biasa di atas riba ibunya. Saat ini melihat wajah anak-anak yang excited membuatkan saya rasa happy. Ibu mana tak happy kan. Tambahan pula masing-masing belum pernah lagi menaiki ERL, seronok tak terkata. 

Dalam ERL Train menuju ke KL Sentral

Tak henti-henti Kaklong, Kakngah, Abam dan Hanan berceloteh. Bila penat nak menjawab, saya hanya mampu tersenyum sahaja. Perjalanan dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral tidaklah lama. 

Sampai di KL Sentral, waktu hampir ke jam 10 pagi. Agak awal sebab ETS Train kami jadualnya pada jam 11 pagi. Sampai sahaja saya terus mencari dahulu di mana laluan masuk ke ETS Stesyen. Sebabnya ini pun kali pertama saya menaiki ETS bersama mereka. Syukur pegawai yang bertugas di kaunter info banyak membantu. 

Rupanya, bagi penumpang ETS, terdapat ruang menunggu di aras 2, Gate C. Ruangan ini memang khas untuk penumpang ETS dan mempunyai 2 kumpulan mengikut waktu perjalanan ETS. Saya terpaksa cari jalan untuk 'membuang masa' bersama mereka sebab masih terlalu awal dan risau mereka bosan. Kanak-kanak terutama Abam dan Hanan sedia maklum mana mereka boleh tunggu pada satu tempat dengan statik. Saya bawa mereka singgah ke tandas dahulu kemudian ke kedai yang ada di situ untuk membeli bekalan roti (to kill the time). Sebelum tu di rumah lagi saya dah prepare goreng nugget buat bekalan dalam train nanti. 

Kemudian kami naik ke aras 2 untuk berada di ruang menunggu. Agak ramai rupanya yang sudah menunggu di situ. Masing-masing dengan hal masing-masing. Ada yang saya perhatikan sama seperti saya, ibu yang travel bersama anak-anak. Doa di dalam hati tak pernah putus. Train yang kami akan naiki adalah ETS 9104 ETS Platinum.

Ruang Menunggu di Aras 2

Jam hampir 10.50 pagi barulah ada staf KTM yang memanggil penumpang-penumpang ETS ke Butterworth (Train saya naik jadual perjalanan dari KL Sentral ke Butterworth). Kami diminta berkumpul dan kemudian di bawa ke aras 1 untuk masuk ke stesyen ETS. Pintu masuk stesyen ETS adalah bersebelahan Kaunter Informasi. Staf KTM akan memeriksa setiap tiket masuk. 

Disebabkan sangat teruja, Abam sangat behave dan berjalan sambil memegang tangan Kaklong. Syukur rasa. Hanan saya pimpinkan. 

Seat yang suami saya pilihkan:
Saya : Coach A/15C
Kaklong : Coach A/14C
Kakngah : Coach A/14D
Abam : Coach A/15D
Hanan : Tidak dikenakan tambang (Umur 4 tahun ke bawah percuma)

Disebabkan saya tidak pernah menaiki train, saya tidak tahu dimana letaknya coach A. Dan saya seperti bak kata orang main masuk je ikut pintu train. Dalam keadaan tercari-cari tu, ada penumpang yang sudi bertanya dan tunjukkan arah yang betul. Bila sampai pada seat kami, masing-masing duduk dan saya aturkan dulu kedudukan beg. Syukur lokasi seat yang suami saya pilih agak strategik bagi kami anak beranak. Facing seat dan hujung coach. Belakang seat saya letakkan beg yang sederhana besar. Bagpack dan woven bag saya letakkan di bawah meja. Tandas pun dekat sahaja.

Jam 11.05 pagi train mula bergerak dan anak-anak makin seronok. Walaupun mereka teruja, saya tetap sediakan aktiviti buat mereka terutama Abam agar dia boleh stand still. 4 jam perjalanan bukan sekejap dan anak-anak yang sedang membesar sudah tentu ada masa buasnya.

Saya telah sediakan beberapa buku aktiviti untuk Abam. Tab yang mengandungi beberapa filem kartun juga saya sedia keluarkan di atas meja. Kaklong dan Kakngah tidak banyak kerenah, ada buku komik di baca, senyaplah mereka. Sebenarnya idea ini saya baca di IG Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Angkasawan Negara ini selalu berkongsi tentang parenting dan salah satu adalah apa yang beliau sediakan bila travel dengan Bella dan T (anak-anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar).

Masing-masing dengan aktiviti sendiri

Abam kusyuk dengan aktiviti mewarna

Hanan pun leka dengan aktiviti mewarna dan juga menonton filem. Di dalam train ETS juga ada disediakan skrin yang memaparkan cerita. Waktu kami travel, dokumentari berkenaan haiwan di pasang. Kadangkala menarik minat mereka untuk menonton.

Skrin di belakang saya

Jika anda ingin travel menaiki ETS, saya syorkan anda bawa bersama jaket atau sweater sebab suhu di dalam train agak sejuk. Saya hanya membawa sehelai selendang yang abam gunakan semasa dia tidur dan untuk Kaklong dan Kakngah, mereka keluarkan kain telekung untuk selimut. Bila Abam dan Hanan tidur, membuatkan saya rasa sedikit lega dan boleh berehat sebentar sambil menikmati perjalanan yang pertama kali kami lalui ini. Tak lupa juga jika bersama anak-anak kecil, sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya buat mereka. Ada kafe disediakan tetapi bagi saya yang sendirian bersama mereka, agak sukar untuk saya bergerak ke coach lain untuk ke kafe. 

Anda jangan risau jika tidak tahu di mana lokasi anda berada di dalam train. Sebab ada disediakan skrin yang memaparkan lokasi stesyen dan ke arah mana train sedang tuju. Pastikan juga tiket disediakan kerana ada Penyelia Tiket yang akan datang memeriksa tiket anda. 

Skrin paparan pergerakan train

Train kami tiba lewat sedikit (1/2 jam lebih kurang) dari jadual asal. Adik saya telah siap menunggu di stesyen Bukit Mertajam untuk menjemput kami dan menghantar saya untuk membuang undi. Syukur Alhamdulillah, masih sempat untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia walaupun tiba agak lewat. 

Dan hari itu merupakan antara hari yang memberikan pengalaman baru buat 4 beradik. Tak habis-habis bercerita tentang seronoknya naik train. Seronok naik keretapi kata mereka. Alhamdulillah tavel kami pada hari itu dipermudahkan, terima kasih Allah.






Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels