#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, May 4, 2018

MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Tidak lama sahaja lagi kita akan sama-sama menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1439H. Bak kata orang putih, "Ramadhan is just around the corner". Bagi yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, mungkin sudah mula kita didik dan ajar mereka berkenaan ibadah puasa yang akan tiba.


Bagi saya sendiri, tahun ini merupakan tahun ke empat bagi kaklong berpuasa dan tahun ketiga bagi kakngah. Dan mereka sudah mula bertanya bila akan mula berpuasa dan kakngah, sudah mula nak berpuasa bersama saya (yang sedang menggantikan puasa dan puasa sunat). Betapa tak sabarnya mereka.

Ada juga rakan-rakan di pejabat bertanya, bagaimana anak-anak saya berpuasa? Jujurnya saya tidak memaksa sangat mereka untuk berpuasa. Puasa pada kadar yang mereka dan tubuh mereka mampu. Saya lebih pentingkan untuk mereka lengkapkan solat lima waktu sebenarnya.

Tidak dinafikan, di awal bulan Ramadhan ni, memang banyak cabaran. Mereka pun baru nak biasakan diri dengan suasana berpuasa. Kita yang dewasa pun kadang kala terasa cabarannya juga kan. Inikan pula anak-anak yang masih belajar. 

Awal-awal mereka berpuasa dahulu, bermula dengan sekolah tadika yang telah mengajar mereka untuk berpuasa separuh hari. Bila masuk tahun satu, saya tanya mereka pada waktu tengah hari (sebelum ke kelas agama petangnya), adakah masih mampu untuk meneruskan berpuasa? 

Saya tidak mahu mereka merasakan ibadah berpuasa sebagai satu bebanan buat mereka. Jika mereka mampu atas dasar kerelaan hati sendiri, saya sokong. Tapi kadang kala ada juga waktunya mereka kata mereka lapar. Tapi selalunya hanya rasa haus dan ingin minum air sedikit. Sayang tinggal puasa katanya (eyh). Antara kaklong dan kakngah, saya nampak kakngah 'lebih kuat' untuk berpuasa berbanding kakaknya.

Waktu sahur selalunya saya sediakan nasi berlauk untuk keluarga. Dan saya bersyukur sebab suami dan anak-anak jenis tidak memilih sangat bab makanan ni. Jika panaskan lauk lebihan pun tiada masalah. Kaklong dan kakngah pun bersahur dengan nasi dan lauk. Tapi selalunya tidaklah dalam kuantiti yang banyak. 

Bila waktu berbuka, saya dan ayah mereka lebih suka untuk tanya apa yang mereka ingin makan. Sebagai salah satu reward buat mereka berjaya berpuasa untuk hari itu. Tapi bukanlah selalu, sebab bersederhana dan tidak membazir itu lebih penting bagi saya. Saya sendiri tidak berapa gemar untuk berlebihan semasa berbuka. Nanti akan memberi kesan apabila berterawikh nanti (sebab terlalu kenyang).

Sumber dari Google

Mendidik anak-anak untuk mula berpuasa memang agak mencabar tetapi tidak bermakna tidak boleh dilakukan. Kita sebagai ibu dan ayah perlu banyak bersabar. Latih dahulu untuk puasa separuh hari, kemudian jika anak-anak mampu, minta dia teruskan berpuasa jika boleh.

Jangan pula kita tahan jika mereka benar-benar berasa letih atau dahaga, berilah peluang pada mereka untuk berbuka. Jangan ditahan ye mak-mak, ayah-ayah sekelian.


Apa Lagi Yang Saya Bekalkan Buat Mereka?


Mealshake dan Performance Drink banyak membantu anak-anak saya untuk terus berpuasa. Tambahan pula cuaca sekarang turut memainkan peranan ketika berpuasa. Diet makanan mereka juga perlu dijaga agar pemakanan yang seimbang di ambil walaupun ketika berpuasa. Bukannya makan ikut suka sahaja.

Bagi ibu-ibu dan ayah-ayah yang bakal bersama anak-anak mereka untuk berpuasa nanti, saya doakan agar dipermudahkan. Sama-sama kita didik anak-anak kita tentang ibadah berpuasa yang merupakan Rukun Islam yang Ke 3.


Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels