#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, May 30, 2018

MEMPERKENALKAN SKUAD SELEBRITI SHOPEE YANG BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Maju setapak lagi kehadapan, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah melancarkan inisiatif terbaharunya, Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka dengan mudah.

Tahukah anda pada hari ini kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play. Adakah anda juga terlibat sebagai penyumbang angka kepada statistik ini??



“Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja! Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti.”

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan enam selebriti terkemuka di Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini. Sebagai platform e-dagang tanpa komisyen yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara, terma dagangan kami yang mudah diperkukuhkan dengan ciri-ciri istimewa, sokongan penuh dan capaian ke seluruh negara yang terdapat pada platform Shopee, membolehkan selebriti mengembangkan perniagaan dalam talian mereka. Pada masa akan datang, kami mensasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baharu setiap bulan”.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee 

Memperkenalkan barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee:

YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin

1. Penyanyi Nombor 1 Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin

YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di rantau ini. Terkenal dengan jolokan ‘Buah Hati Rakyat Malaysia’,YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mencipta nama selepas memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. Minat beliau terhadap bidang kecantikan dan kosmetik telah mendorong beliau untuk menjalankan penyelidikan mendalam untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan mampu milik yang menepati tuntutan Syariah. 

“Shopee adalah satu platform dalam talian yang hebat kerana memberi kemudahan kepada kedua-dua pihak; pelanggan dan usahawan. Dengan sokongan sistem pembayaran dan logistik, Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan cepat,” kata penyanyi nombor 1 negara itu. “Aplikasi ini juga mesra pengguna dan mudah untuk digunakan oleh usahawan dan pelanggan tanpa mengira masa dan tempat. Mudah dan selamat, sama seperti SIMPLYSITI!”

SIMPLYSITI merupakan jenama tempatan premium yang berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan jenama antarabangsa dan masih mengekalkan identiti tempatan. Dengan portfolio produk kukuh yang menampilkan produk seperti penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi, SIMPLYSITI telah berjaya menempa nama dalam pasaran barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG) yang tinggi persaingannya. 

Pautan Kedai Rasmi: https://shopee.com.my/simplysiti


Nora Danish

2. Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama Owl by Nora Danish & OhMostWanted

Ratu Media Sosial Malaysia, Nora Danish adalah selebriti tempatan pertama yang mencatat jumlah pengikut seramai 1 juta orang di platform Instagramnya! Kini dengan lebih daripada 5.3 juta peminat setia, Nora menyelami kemahirannya dalam bidang keusahawanan dengan melancarkan jenama fesyen sendiri, Owl by Nora Danish. 

“Usahasama kami dengan Shopee adalah sejajar dengan pelan pengembangan kami untuk meneroka lebih banyak saluran pengedaran untuk membolehkan pengguna baharu dan sedia ada mendapatkan jenama kami. Peminat juga pasti teruja dengan pelancaran produk baharu kami tidak lama lagi termasuklah set hadiah istimewa yang dipanggil ‘The Most Wanted Box’ sepanjang bulan Ramadan ini,” kata Nora Danish. “Shopee adalah platform e-dagang yang paling sesuai dengan perniagaan kami yang semakin berkembang dalam hasrat menembusi pasaran Asia Tenggara”. 

Jenama OhMostWanted pula merupakan jenama baharu bawah kelolaan Owl by Nora Danish yang memfokuskan terhadap produk kecantikan dan kosmetik. Penggemar produk kecantikan pasti teruja dengan pilihan krim bibir, bedak asas, pencuci muka, pencuci solekan dan alat solek. Nora turut melancarkan cenderahati eksklusif seperti kemeja-T, lanyard, pin dan rantai kunci khas untuk peminat-peminatnya.

Pautan Kedai Rasmi: https://shopee.com.my/owlbynd & https://shopee.com.my/omwlook


Izara Aishah

3. Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah dengan jenama Madame Izara

Izara Aishah memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja. Izara bijak membahagikan masanya sebagai seorang pelajar dalam bidang seni persembahan di samping bergiat aktif dalam bidang lakonan dan peragaan. Jelas, dia serius dengan cita-citanya untuk membina nama dalam persada seni tanah air.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shopee sebagai rakan platform dalam talian rasmi yang baharu kami. Kami ingin mengukuhkan jenama ini dah menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian premium yang mudah dan boleh dipercayai,” kata Izara. “Shopee membolehkan kami untuk mendekati pelanggan dari seluruh negara. Kami akan terus bekerjasama erat dengan platform membeli-belah dalam talian pilihan ini untuk membawa produk terbaharu yang pasti mengujakan pelanggan baharu dan sedia ada kami dalam fokus mengembangkan Madame Izara”.

Madame Izara menampilkan pilihan set yang mengandungi krim bibir, pensel bibir dan pengasah pensel bibir yang akan melengkapkan koleksi solekan setiap wanita. Produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi yang akan menambah keyakinan si pemakai. Krim bibir Madame Izara mudah disapu ke atas bibir untuk penampilan yang memukau. Formulasinya tahan lama dan boleh membuat bibir kelihatan lebih mungil dan dalam masa yang sama mengelakkan bibir daripada kering dan merekah. 



Elfira Loy

4. Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dengan jenama EL by Elfira Loy

Bidang seni hiburan tempatan mula mengenali Elfira Loy sejak dia masih kecil, membuktikan bakatnya dalam bidang peragaan dan lakonan. Kini menginjak usia dewasa, Elfira mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi bidang keusahawanan.

“Ia bermula dengan impian, dan kini azam yang merealisasikan impian tersebut. Kami melancarkan Koleksi Raya EL by Elfira Loy bagi 2018 secara eksklusif di Shopee yang menampilkan produk berkualiti tinggi yang menggunakan bahan terbaik,” kata Elfira Loy. “Kami berharap, usahasama dengan Shopee ini boleh mengukuhkan kehadiran dalam talian bagi jenama kami dan memasarkan produk kami kepada lebih ramai pengguna yang ingin menyambut lebaran ini dengan memperagakan pakaian rekaan kami”.

Koleksi Raya EL by Elfira Loy 2018 ini diinspirasikan oleh keanggunan dan kesopanan wanita Muslim dan dalam masa yang sama menampilkan ciri-ciri kekuatan dan sifat berdikari, sebagaimana Elfira membawa dirinya. Koleksi ini termasuklah pakaian Muslimah yang cantik dan didatangkan dalam warna pastel dan berani yang pasti membuatkan sambutan Hari Raya anda lebih ceria. 


Heliza Helmi

5. Finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama Nur El Hikmah Shoppe & Heliza Guzel Hive

Bak kata pepatah Melayu, ‘Kecil-kecil cili padi’, Heliza Helmi adalah seorang personaliti comel yang lantang bersuara. Penyanyi serba boleh ini melancarkan jenama sendiri, Nur El Hikmah Shoppe yang menjual pelbagai jenis buku dan cenderahati dan Heliza Guzel Hive yang memfokuskan pada pakaian wanita Muslim. 

“Kami memilih Shopee sebagai rakan e-dagang pertama kami kerana kami ingin mempromosikan hijab Heliza Guzel Hive yang dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi yang menepati garis panduan Syariah,” kata Heliza Helmi. “Untuk Hari Raya kami ini, kami melancarkan Koleksi Si Manis Raya untuk peminat-peminat kami yang majoritinya terdiri daripada wanita Muslim berusia antara 17 hingga 40 tahun”.

Selepas penampilan pertama Heliza di mata rakyat Malaysia semasa menyertai Akademi Fantasia Musim ke-5, dia turut menyumbangkan masa untuk menjalankan kerja kebajikan termasuklah menziarah ke Palestin dan Syria untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia. 



Emma Maembong

6. Artis serba boleh, Emma Maembong dengan jenama EMBS (Emma Maembong Beauty Secret), MYSKETCHBOOKSHAWL, EMMARTW, SLIMMDOLLZ By Emma Maembong & Janet Nicol Cosmetic by Emma Maembong

Rakyat Malaysia mula jatuh cinta pandang pertama kepada Emma Maembong menerusi telefilem ‘Kau Yang Terindah’ arahan Erma Fatima. Bersama adik-beradiknya yang lain, Emma mewarnai bidang seni hiburan tempatan dengan pakej wajah yang cantik dan personaliti yang lembut. Kini, Emma berhasrat untuk mendalami bakat seni lukis yang diwarisi daripada bapanya yang juga merupakan seorang karyawan, dengan melancarkan MYSKETCHBOOKSHAWL; koleksi hijab eksklusif yang menampilkan corak yang dilukis sendiri oleh Emma.

“Saya teruja dapat bekerja dengan Shopee sebagai rakan e-dagang pertama kami untuk mempromosikan produk kami,” kata pelakon kacukan Melayu-Scotland itu. “Saya berharap dengan melancarkan kedai dalam talian ini, saya boleh mempromosikan produk saya ke seluruh negara dan memberikan alternatif lebih mudah untuk mereka membuat pembelian”.

Selain koleksi hijab, kedai rasmi Emma juga akan menjual EMBS (Emma Maembong Beauty Secret) iaitu rangkaian penjagaan kulit; EMMARTW, jenama fesyen untuk gadis muda yang ingin kelihatan bergaya dan feminin; SLIMDOLLZ by Emma Maembong, rangkaian pengawalan berat badan dan Janet Nicol Cosmetic by Emma Maembong dan MyHoneyLips, rangkaian kosmetik. 



Jangan Tunggu Lagi

Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih berlangsung. Dari 3 Mei ke 17 Jun, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan. Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam. 

Korang yang nak ber shopping sempena Hari Raya nanti jangan lepaskan peluang untuk menggunakan platform e-dagang Shopee ni ye. 


Laman Web : www.shopee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shopeeMY
Instagram : www.instagram/shopee_MY
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels