#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, February 22, 2016

Risiko Kanser Payudara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Mama rasa korang mesti dah biasa sangat dengar pasal breast cancer ni kan. Kanser payudara merupakan salah satu penyakit kronik yang semakin popular sekarang ini dan merupakan pembunuh utama di kalangan wanita. Berdasarkan kajian, hampir separuh yang didiagnos dengan kanser payudara adalah berusia kurang daripada 50 TAHUN! Maknanya jangan kata orang muda ni sihat semenjang ye.




Bagaimana kanser payudara terjadi?
Jom kita share info macam mana barah/kanser ni boleh terjadi. Barah/kanser adalah kumpulan penyakit yang berlaku daripada tindakan sel2 yang bertindak di luar tabiat asalnya. Secara lumrah, sel2 akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan berdasarkan keperluan tubuh individu. Ini bermakna setiap individu adalah tidak sama, Subhanallah, Allah Maha Besar. Unikkan ciptaan Allah ni. Tetapi apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan tubuh, akan terjadi lebihan tisu. Lebihan tisu ini yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan pula terdapat dua jenis iaitu BENIGN iaitu tumor bukan barah dan MALIGNANiaitu tumor jenis barah.

Sumber Google



Benign adalah tumor yang tidak membahayakan nyawa dan 80% ketumbuhan payudara adalah jenis ini.

Manakala kanser payudara merupakan ketumbuhan jenis malignan yang terjadi daripada tindakan sel2 yang bermula dari bahagian payudara. Ketumbuhan ini akan membesar dan berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ dan tisu2 berhampiran. Sel2 barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal dan sekali gus memasuki saluran darah dan sistem limfa.

Dalam keadaan normal, sel2 mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur seperti yang sepatutnya. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel2 payu dara. Ketidakseimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Tanda barah payudara
Di antara tanda2 kehadiran kanser payudara adalah terdapat ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
Ketumbuhan biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin. Oleh sebab itu kita digalakkan untuk buat pemeriksaan sendiri payudara untuk mengesan kehadiran ketumbuhan.
Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Di antaranya terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.

Sumber Google


Vivix Dan Kanser Payudara
Salah satu kandungan penting di dalam Vivix adalah Anggur Muscadine yang mempunyai kandungan resveratrol yang amat tinggi. Resveratrol merupakan sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai perisai tumbuhan tersebut terhadap penyekit. Anggur, raspberi dan kacang di antara tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol. Laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College menyatakan bahawa resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif. 





Untuk sebarang pertanyaan, feel free untuk hubungi mama di 0124845882 (sms/wassap/telegram) atau boleh email di norlen.othman@gmail.com.

Love Yourself Love Your Family
FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882

Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels