#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, June 25, 2020

SHOPPING, SHARE DAN MENANG GOLD BAR DARI CMASA.MY

Assalamualaikum n Salam Sejahtera Readers.

Sejak bermula PKP ni, nampaknya ramai rakyat Malaysia suka untuk shopping online kan. Satu cara membeli-belah yang mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan kita. Hanya duduk di rumah, klik sana klik sini kemudian tunggu abang-abang courier sampai depan rumah. Simple right!

Tapi korang tahu tak tentang CMASA.MY?

CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). 

Kiranya CMASA.MY ni merupakan salah satu platform e-commerce terbaru. Khas untuk memfokuskan produk makanan dan juga keluaran IKS bagi keperluan harian kita.




Macam-macam keperluan yang korang boleh dapat di CMASA.MY ni. Dari keperluan makanan, keperluan anak-anak, keperluan asas rumah, semuanya ada di sini. Korang wajib singgah di sana tau.

cmasa.my

Peluang Untuk Menang Gold Bar.

Korang suka tak kalau dapat hadiah berupa GOLD BAR?

Mesti korang suka kan. Meh sini kak lyn nak share :
Pihak CMASA.MY sedang mencari 6 orang yang komited dan sangat bertuah untuk kami hadiahkan emas terus kepada anda.
.
Untuk dapatkan emas ini, anda hanya perlu lakukan 3 LANGKAH MUDAH ini :

LANGKAH 1 :
Beli minimum 1 produk (ye gais, 1 produk je) dari website e-commerce kami di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :
Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE kami di FB Page rasmi kami di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :
Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula 
"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) 
beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan kami menemui posting anda secara public.

Jangan lupa set PUBLIC pada post korang tu tau. 



BAGAIMANA PIHAK CMASA.MY MEMILIH PEMENANG ?

Kami akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE
KOMEN
SHARE 

paling tinggi dalam posting anda untuk kami hadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda !
.
Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, kami ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda! 

Jumlah hadiah yang akan kami berikan terus kepada anda adalah sebanyak 16 hadiah! 

Kami yakin anda yang sedang membaca posting ini adalah orang yang kami cari untuk hadiahkan emas.

Tarikh tutup pencarian kami ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page kami CMASA.


So, korang yang suka shopping dan nak menang gold bar, jangan lupa okay shopping di CMASA.MY dan share di FB korang. Pastikan post korang tu PUBLIC okay dengan #cmasa. 

Good luck. Mana tahu kan : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Belum cuba belum tahu .

Kalau menang jangan lupa share ngan Kak Lyn ye....


Love,
@norlenothman
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels